08
Aug

Aplikasi Survei Seismos Biasan

Kaedah seismos biasan merupakan kaedah geofizik yang biasa digunakan untuk kajian atau pemetaan subpermukaan cetek. Pada asasnya, ia memetakan perbezaan antara halaju seismos (seismic velocity) – iaitu halaju dimana tenaga seismos melalui batuan atau tanah. Kaedah seismos ini juga merupakan antara kaedah geofizik yang tertua dalam sejarahnya. Kaedah seismos biasan merupakan pecahan daripada kaedah-kaedah seismos yang lain seperti kaedah seismos pantulan dan kaedah gelombang permukaan.

Secara ringkasnya, kaedah ini menggunakan pemahaman terhadap tingkah-laku gelombang seismos dalam lapisan bumi atau tanah. Apabila melalui lapisan tanah yang berbeza halaju, gelombang seismos akan terpantul dan terbias. Bagi kaedah ini, hanya gelombang seismos yang terbias diambil kira dalam kajian atau survei. Bagi kajian subpermukaan cetek, kaedah seismos biasan banyak digunakan dalam bidang geofizik kejuruteraan dan persekitaran.

 

Aplikasi – aplikasi Survei Seismos Biasan (Seismic Refraction Survey)

1. Menganggarkan “rippability” batuan sebelum proses penggalian.

2. Memetakan kedalaman atau topografi batuan dasar (batuan hampar)

3. Memetakan kedalaman air tanah.

4. Memetakan ketebalan beban atas (overburden)

5. Memetakan ketebalan tanah runtuh.

6. Pengiraan modulus elastik / penilaian kualiti batuan.

7. Memetakan ketebalan dan halaju lapisan terluluhawa.

seismos biasan