11
Sep

Salam Maal Hijrah 1440H

Kami di Neugeo Services ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru hijrah 1440h buat semua umat Islam. Semoga tahun baru ini memberi semangat dan azam baru untuk kita melakukan perubahan kearah kebaikan. Bersama – samalah kita menghayati dan mengambil iktibar daripada hijrah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Setiap penghijrahan itu memerlukan pengorbanan dan kesabaran.

“Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (memberi pertolongan) kepada orang – orang yang telah berhijrah sesudah mereka difitnahkan (oleh kaum musyrik), kemudian mereka berjihad serta bersabar; sesungguhnya Tuhanmu (sesudah mereka menderita dan bersabar dalam perjuangan) adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” (An-Nahl:110)

 

Maal Hijrah 1440H